Monday, November 10, 2008

ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2007



Tanggal 1.11.07, sekumpulan panel penghakiman untuk Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat negeri Selangor 2007 telah datang ke kandang AmitecFarm untuk sessi penghakiman.
Bangga juga kandang kecil ini mampu menarik perhatian wakil Jabatan Pertanian, JPH, Doktor Veterinar yang menjadi panel hakim. Ditemani Ketua Kampung Meru.

Kandang AmitecFarm setakat ini mempunyai Beberapa ekor. Semua baka kami ada. BOER, JAMNAPARI, GERMASIA, KATJANG, FERRAL, SAANEN_CROSS & BOER_CROSS. Semua baka ini dijadikan induk untuk dibiakkan.

Selain pembiakan kambing, AmitecFarm juga membuat projek integrasi dengan tanaman cili fertigasi, tanaman kecilan MAS COTEK & MISAI KUCING. Napier juga tidak ketinggalan. Bekalan rumput adalah daripada hasil tanaman sendiri.

Semoga dengan lawatan para juri penghakiman ADC ini bakal menjadi batu loncatan untuk AmitecFarm lebih maju dann progresif di masa hadapan.

Amin...

No comments:

SmileyCentral.com