Tuesday, December 9, 2008

Statistik Kelahiran Pada Tahun 2007


Anak-anak kambing

SILAJ



Bulan lepas JKK kampung telah menemui saya untuk memaklumkan bahawa jalan raya akan diturap. Makanya saya diberitahu bahawa Napier yang saya tanam perlu ditebang untuk projek pembesaran jalan.

Saya buntu memikirkan alternatif apa yang perlu saya ambil untuk menyimapan Napier. Saya teringat ketika membuat kunjungan ke Ekspo MAHA yang lepas ada penerangan tentang pembuatan SILAJ.

Resepi Silaj AMITECFARM :-
Bahan-bahan :-
EM... Garam... (secukup rasa)
Cara-cara :-
Padatkan Napier dalam bancuhan EM+Garam dalam tong drum...

Mudahkan... senang je.. Dah jadi pun AmitecFarm punya Silaj.. Sedap kambing-kambing tu makan... Menu baru..
Fuh... Penat...

SELAMAT MENCUBA

KURSUS USAHAWAN TANI


Berakhirlah kursus seminggu di MAI FARM......
Alhamdulillah... selesai juga kursus ini dimana saya dipilih oleh JPH untuk kursus ini. Atas kriteria apa saya dipilih, saya tidak tahu. Tapi apapun bangga saya antara yang terpilih. saya bersama Tan Sri Norian Mai dan Dato`Dr Mustapa Jalil (TKP 1 JPH) .

Kursus ini telah berlangsung di MAI FARM, Kalumpang pada 3 Dis - 8 Dis 2007. Pengalaman dan ilmu yang di perolehi di sana sangat bermakna, bernilai dan berguna untuk saya aplikasikan dalam penternakan kambing saya ini.

Agenda kursus ini ialah :-
1) Ceramah
a) Kesihatan Ternakan - Dr.Norazam & Dr.Zul (Lazuli)
b) Prospek Industri Ternakan Kambing - Tn Hj.Ibrahim (JPH S'gor)
c) Dimensi Baru Dalam Industri Ternakan - En.Tapsir Serin (JPH Putrajaya)
d) Penjenisan Penyakit Biosekuriti - Dr.Norazam (Lazuli)
e) Pemasaran Ternakan Kambing - Tn.Hj.Ibrahim (JPH S.Alam)
f) Pembiayaan & Pengurusan Kewangan - Bank P'tanian M'sia
g) Pembiakbakaan - Tn.Hj.Ibrahim (JPH S.Alam)
h) Hala Tuju Pembangunan Sektor Ternakan RMK9 - Dato'Dr.Mustapa Jalil (TKP1 JPH)
i) Makanan & Pemakanan - Dr.Norazam (Lazuli)
j) Bidangusaha Ternakan Sebagai Perniagaan - En.Tapsir (JPH Putrajaya)
k) Isu & Cabaran Dalam Industri Pedaging - Dr.Noor Hisham (JPH)

2) Praktikal Ladang :-
a) Pemakanan & Kesihatan Ternakan
b) Pastura & Foder
c) Pemakanan Lembu
d) Fermentasi Jerami
f) Pemakanan Lembu
g) Pemakanan Kambing
h) Baja Organik
i) Pembiakan Pengesanan Berahi
j) Baka, Pembiakan, Pemilihan Baka, Program Anak, Ibu & Pejantan

3) Pembentangan Kerja - Rancangan Perniagaan

Pengalaman-pengalaman yang baru di alami ketika di sana akan menjadi tapak untuk AmitecFarm lebih maju ke hadapan. Insya-Allah...

Majulah KAMBING untuk semua..


PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Apa itu Rancangan Perniagaan
Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.
Kegunaan
Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada
untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :
Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.
Pengumpulan Maklumat Penyediaan
Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
Statistik
Data ekonomi
Data perdagangan
Penyelidikan pasaran
Kandungan
1. Jadual kandungan
2. Rancangan organisasi/pengurusan
3. Ringkasan eksekutif /sinopsis
4. Rancangan pemasaran
5.Pengenalan
6. Rancangan pengeluaran/operasi
7.Tujuan penyediaan
8. Rancangan kewangan
9. Latar belakang
10. Jadual pelaksanaan projek
11. Latar belakang pemilik
12. Rumusan
Penyediaan Rancangan Perniagaan
1. Jadual kandungan
2. Ringkasan Eksikutif
3. Pengenalan
Nama Syarikat
Jenis Perniagaan yang diceburi
barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
lokasi premis
tarikh perniagaan dimulakan
latar belakang industri dan tren pasaran
Senario masa hadapan
4. Tujuan Penyediaan
memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
merancang pelaksanaan projek baru
untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
atau lain-lain tujuan
5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
Nama perniagaan
Alamat, No. Telefon
Bentuk perniagaan
Kegiatan utama
Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
No. Pendaftaran Perniagaan
Modal permulaan, modal dibenar
Nama dan alamat pemegang saham
Nama bank (jika ada)
No. Akaun Perniagaan(jika ada)
6. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
Nama, alamat, no. telefon
Kelulusan akademik
Pengalaman/kemahiran
7. Rancangan Organisasi/Pengurusan
Matlamat dan strategi syarikat
Struktur/carta syarikat
Senarai kakitangan pengurusan
Senarai perjawatan- tanggungjawab setiap jawatan- imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
Kos yang terlibat termasuk untuk pembelian peralatan pejabat
8. Rancangan Pemasaran
Analisis Pasaran - untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.- mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.- mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).- Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.- Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.- Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
Ramalan Jualan- syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
Strategi Pemasaran- Strategi pemasaran secara keseluruhan
bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya.
- Strategi barangan
faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan.
- Strategi harga
penentuan harga
tawaran harga dan sebagainya.
- Strategi Pengedaran
cara pengedaran dibuat
kos-kos yang terlibat
rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut
- Strategi promosi
- teknik-teknik promosi yang akan dijalankan
- Belanjawan pemasaran
9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
Keupayaan pengeluaran
Rancangan pengeluaran- jumlah pengeluaran- keupayaan maksimum- penyimpanan stok
Senarai bahan mentah (jika ada)
Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
Pengendalian mesin/peralatan
10. Rancangan Kewangan
Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.
Bahagian ini merangkumi :
Kos pelaksanaan projek
Sumber pembiayaan- modal sendiri- pinjaman bank- sewa beli- lain-lain
Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 tahun)
Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 tahun)
Analisis Titik Pulang Modal
11. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.
12. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Memori di MAI FARM

SmileyCentral.com